1. Doa wanita itu lebih makbul
daripada lelaki kerana sifat penyayang
yang  lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW
akan hal  tersebut, jawab baginda, "
Ibu lebih penyayang daripada bapa dan
doa orang  yang penyayang tidak akan
sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik)  itu
lebih baik daripada 1000 lelaki yang
soleh.
3. Barangsiapa yang  menggembirakan
an ak perempuannya darjatnya seumpama
orang yang sentiasa  menangis kerana
takutkan Allah .Dan orang yang
takutkan Allah SWT akan  diharamkan api
neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama  anak-
anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah SAW) di dalam  syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang
makanan dari pasar ke  rumah lalu
diberikan kepada keluarganya) maka
pahalanya seperti melakukan  amalan
bersedekah . Hendaklah mendahulukan
anak perempuan daripada anak  lelaki.
Maka barangsiapa yang menyukakan anak
perempuan seolah-olah dia  memerdekakan
anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak  kaki
ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak
perempuan atau tiga  saudara perempuan
atau dua anak perempuan atau dua
saudara perempuan lalu  dia bersikap
ihsan dalam pergaulan dengan mereka
dan mendidik mereka  dengan penuh rasa
takwa serta sikap bertanggungjawab,
maka baginya adalah  syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua
orang ibu bapamu, maka  jawablah
panggila n ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a."  Barangsiapa
yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-ana k perempuannya  lalu dia
berbuat baik kepada mereka, maka
mereka akan menjadi penghalang  baginya
daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat  kepada
suaminya akan tertutuplah pintu-pintu
nerak a dan terbuka  pintu-pintu syurga.
Masuklah dari mana-mana pun pintu yang
dia kehendaki  dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya,
maka semua  ikan-ikan di laut, burung
di udara, malaikat di langit, matahari
dan bulan  semua beristighfar baginya
selama mana dia taat kepada suaminya
serta  menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, "Aku  bertanya
kepada Rasulullah, siapakah yang lebih
besar haknya terhadap  wanita?" Jawab
Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa
pula berhak terhadap  lelaki?" Jawab
Rasulullah SAW, "Ibunya."
13. Perempuan apabila  sembahyang lima
waktu, puasa di bulan Ramadhan,
memelih ara kehormatannya  serta kepada
suaminya, masuklah dia dari pintu
syurga mana sahaja yang  dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong
suaminya dalam urusan  agama, maka
Allah SWT memasukkan dia ke dalam
syurga terlebih dahulu  daripada
suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang  perempuan
mengand ung janin dalam rahimnya,maka
ber istighfarlah para  malaikat
untuknya . Allah SWT mencatatkan
bagin ya setiap hari dengan  1,000
kebajikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.
16 .  Apabila seseorang perempuan mulai
sakit hendak bersalin, maka Allah  SWT
mencatatkan baginya pahala orang yang
berjihad pada jalan  Allah.
17. Apabila seseorang perempuan
melahir kan anak, keluarlah dia  dari
dosa-dosa seperti keadaan ibunya
melahirkan nya.
18. Apabila  telah lahir anak lalu
disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan  daripada susunya diberi satu
kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang  ibu
tidak tidur dan memelihara anaknya
yang sakit, maka Allah SWT  memberinya
pahala seperti memerdekakan 70 orang
hamba dengan ikhlas untuk  membela
agama Allah SWT.
05 October 2007
kelebihan2 wanita
Posted by
beeha
at
7:49 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment