15 February 2008

Cinta tidak bersyarat tapi masih berbalas....


Bercinta dengan Allah tidak susah. Bercinta dengan manusia itu lebih payah. Dengan Allah, cinta tidak bersyarat. Allah tidak pernah meletakkan syarat "kau kuruskan badan dulu, kau kena beli kereta dulu, kau hadiahkan aku banglo dulu", sebaliknya Allah S.W.T berkata :

Selangkah kau datang kepadaKu, seribu langkah Aku datang kepadamu.
Allah sayang kepada kita. Jika kita balas cintaNya tentu Dia gembira dan menyayangi kita.

Bila Allah sayang kita, tentu Allah akan sentiasa melindungi kita dari sebarang kejahatan. Allah akan menutup mata kita daripada melihat yang maksiat. Allah akan menutup telinga kita dari mendengar yang maksiat dan Allah akan mengunci mulut kita dari berkata yang maksiat yang tidak mendatangkan faedah malah mendatangkan keburukan kepada kita.

Allah menyuruh meletakkan cinta yang mudah dan membawa keuntungan ini di tempat teratas. Bukan tidak boleh menyintai manusia, tetapi sebelum itu mesti mencintai Allah terlebih dahulu. Apabila kita ingat DIA semasa kita cintakan manusia, kita dapat mengawal cinta itu supaya terpandu dalam kebaikan. Pasti Allah meredai dan merestui cinta kita pada yang lain.

Carilah cinta sejati, cinta yang tidak bersyarat tetapi masih berbalas...