Apabila masuk ke dalam rumah , janganlah lupa kepada pesanan Rasulullah S.A.W supaya menjejakkan kaki kanan dahulu kerana yang baik itu datangnya dari sebelah kanan seperti datangnya kitab catitan amalan dari sebelah kanan.
Dan jangan lupa untuk membaca "Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim".
Bacalah dengan khusyuk iaitu dengan mendalami maknanya.
Apabila memulakan setiap pekerjaan dengan nama Allah , maka Allah akan memberkati setiap urusan tersebut. Apabila menyebut Ar-Rahman , ingatlah kepada sifat pemurah Allah yang telah memberikan kelebihan kepada kita dengan memiliki sebuah rumah yang selesa sebagai pelengkap untuk kehidupan seharian kita.
Dan apabila menyebut Ar-Rahim, ingatlah kepada kasih-sayang Allah S.W.T yang memberi keselesaan di dalam rumah kita sedangkan terdapat ramai lagi orang yang tidak mempunyai rumah didalam negara mereka sendiri.
Yang penting, syaitan akan tidur diluar dan tidak menggangu kehidupan anda .. Insyallah.. Allahua'lam..
21 November 2007
Apabila Masuk Rumah..
Posted by syahmitoo at 4:05 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)